Tips Latihan Vokal

Perkongsian ini adalah untuk anda yang tidak mempunyai banyak masa untuk latihan vokal. Anda boleh lakukan latihan ini walaupun hanya luangkan masa 10 minit sahaja setiap sesi.

1. Pilih topik/teknik yang anda nak latih

-Contoh nya latihan kawalan pernafasan, improvasi, intonasi, phrasing, vibrato dan lain-lain. Pilih 1 sahaja untuk anda berlatih dalam masa 10 minit itu.

2. Anda pilih teknik/ topik nyanyian yang anda perlu baiki

Sebagai contoh, jika anda lemah dalam kawalan pernafasan, fokus kepada 1 dahulu permasalahan anda. Kemudian berlatih sehingga boleh.

3. Setiap kali anda melakukan latihan, jangan lupa untuk RAKAM!

Nak rakam guna apa? Guna sahaja apa yang ada. Guna sahaja aplikasi rakaman audio di dalam telefon bimbit anda.

4. Selepas rakam, dengar balik nyanyian anda

Dengar dan perbaiki bahagian mana yang perlu dibaiki dan perlu ditambahbaik. Inilah tujuan kita merakam semasa sesi latihan kita. 

5. Lakukan rutin ini setiap hari

Tetapkan waktu bila anda nak jalani latihan. Ingat, disiplinkan diri anda untuk luangkan masa hanya 10 minit sahaja.

Esther Ngooi Lee Lee

All in this Together

Discover WordPress

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

The Atavist Magazine

All in this Together

Longreads

Longreads : The best longform stories on the web

WordPress.com News

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.

Design a site like this with WordPress.com
Get started