Kaedah Pengajaran Kodaly

Dalam kaedah Kodaly, suara merupakan alat muzik yang penting dan paling ditekankan. Menurut Kodaly, terdapat dua konsep muzik yang berkaitan iaitu:

Konsep Melodi

Merupakan turutan pic yang disusun sama ada secara menaik,menurun atau mendatar. Konsep melodi merupakan penekanan terhadap pic. Pic terbahagi kepada tiga iaitu pic rendah, pic sederhana, dan pic tinggi. Apabila banyak pic suara digabungkan antara satu sama lain, hal ini akan membentuk satu rangkaian frasa lagu.

-Konsep Irama

Merangkumi detik,meter, tekanan, dan tempo. Irama terbentuk daripada susunan bunyi. Konsep irama pula merupakan bentuk muzik yang seiring dengan detik lagu. Dalam aktiviti kodaly, pengajarannya banyak menekankan perbezaan antara detik dan irama lagu. Murid tidak boleh keliru antara detik dan irama kerana kedua-duanya mempunyai maksud yang berbeza.

” Untuk menjiwai muzik, pembelajaran muzik harus dimulakan dengan alat semulajadi kanak-kanak iaitu suara mereka sendiri.” – Zoltan Kodaly

Aktiviti Kodaly yang dilaksanakan dalam bilik darjah:

Isyarat Tangan Solfa :

Kodaly amat menekan kemahiran isyarat tangan solfa sebagai teknik asas nyanyian. Dengan solfa, murid dapat mengenalpasti pic nyanyian dengan lebih tepat. Berikut merupakan isyarat tangan Curwen :

Video Isyarat Tangan Solfa

Esther Ngooi Lee Lee

All in this Together

Discover WordPress

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

The Atavist Magazine

All in this Together

Longreads

Longreads : The best longform stories on the web

WordPress.com News

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.

Design a site like this with WordPress.com
Get started