Kaedah Kodaly

OBJEKTIF

PADA AKHIR BAHAGIAN INI, MURID DAPAT:

  1. mengenali Kodaly dan memahami falsafah dan konsepnya.
  2. memahami kepentingan nyanyian dalam pengajaran dan pembelajaran muzik.
  3. mengikuti urutan di dalam pengajaran pembelajaran Kaedah Kodaly.
  4. menyenaraikan teknik atau komponen Kaedah Kodaly.

Kaedah Kodaly  (1882-1967) adalah satu paradigma pendidikan
muzik yang menggunakan aktiviti nyanyian dan keupayaan
pendengaran dalaman oleh kanak-kanak. Kodaly menyarankan
penggunaan lagu-lagu rakyat / tempatan menggunakan bahasa
ibunda dalam aktiviti latihan nyanyiannya. Beliau tidak
menggunakan sistem gred seperti yang sering digunakan
dalam kaedah pengajaran piano atau alat muzik lain.

Sasaran kaedah Kodaly ialah untuk membantu kanak-kanak dalam literasi muzik. Ini dilakukan dengan penggunaan
beberapa pendekatan yang berpusatkan kanak-kanak itu
sendiri, iaitu penggunaan latihan irama, latihan nyanyian solfa,
latihan bacaan semerta, latihan mendengar, menulis, membuat persembahan dan mencipta muzik. Kemahiran literasi muzikal turut dibina melalui pengalaman latihan aural dan pengalaman ingatan visual.

Esther Ngooi Lee Lee

All in this Together

Discover WordPress

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

The Atavist Magazine

All in this Together

Longreads

Longreads : The best longform stories on the web

WordPress.com News

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.

Design a site like this with WordPress.com
Get started