ORGAN / ALAT NYANYIAN :

Bunyi terhasil dari sesuatu getaran. Contohnya, apabila meja diketuk, permukaan meja akan bergetar dan bunyi pun terhasil. Atau apabila trumpet ditiup, udara dalam trumpet akan bergetar dan oleh itu, bunyi trumpet terhasil.
Biasanya, semasa bernafas, udara dari peparu akan melalui larynx dan terus keluar tanpa mengeluarkan bunyi. Apabila mengeluarkan bunyi, pita suara akan dikawal supaya ia dapat menggetarkan udara yang dlaluinya. Dengan cara itu, suatu bunyi terhasil.
Gabungan antara gigi, lidah dan bibir akan membentuk bunyi menjadi konsonan dan vokal. Simbol bagi vokal dan konsonan adalah huruf-huruf.
Pic-pic muzik adalah besar atau kecilnya sesuatu bunyi. Semakin nyaring bunyi maka semakin tinggi picnya. Kadar ketegangan pita suara akan mempengaruhi ketinggian pic. Penyanyi yang mempunyai suara yang tinggi mempunyai pita suara yang kuat.
Kekuatan bunyi (volume) ditentukan oleh kuatnya tekanan udara dari peparu. Dalam muzik kekuatan bunyi disebut sebagai dinamik. Istilah kuat atau lembut menunjukkan tahap dinamik pada muzik.
Sumber : https://lifestylevocal.wordpress.com/nota/alat-alat-artikulasi/
